UKM dan Citra

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti tajuk yang saya nyatakan, kali ni saya nak bercerita mengenai subjek CITRA di UKM. Apa tu citra? Hehhe, inilah yang special kat UKM ni, rasanya kat uni lain tak ada macam ni. Citra ni kalau nak dimudahkan sebenarnya lebih kurang macam kokurikulum lah. Macam extra subjek selain subjek teras yang diperlu diambil ikut fakulti masing-masing. Kiranya, subjek Citra ni subjek luar daripada bidang atau pengkhususan kita di uni. Most of subject ditawarkan oleh Pusat Citra sendiri (which is sekarang diorang pun dah dikira macam fakulti jugak, sebab ada student jugak di Pusat Citra tu), tapi ada jugak fakulti yang buka subjek tambahan ni kepada student luar contohnya yang banyak sekali Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) pun ada tawarkan subjek Citra jugak.

Sebenarnya sebelum ni saya ada sentuh sikit mengenai subjek Citra ni di posting sebelum ni, kat sini ๐Ÿ‘‰ Karnival Citra Budaya 2019. Posting tu berkaitan subjek Citra jugak cumanya lebih kepada subjek Citra Budaya yang ada dalam C1. Pembahagian Citra adalah seperti di bawah ni.

Citra 1 – Citra Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi
Citra 3 – Citra Kuantitatif & Kualitatif
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup

Total semuanya ada 6. So, kalau macam minat sukan ke, boleh daftar C6 banyak-banyak nanti. Tapi kena pandailah, sebab kat UKM ni jadual semua buat sendiri. Tak macam rakan-rakan saya di uni lain, mostly dah ada fixed jadual pembelajaran dan koko ditentukan oleh pihak uni. Dan, ada requirement juga sebenarnya. Boleh je kalau nak ambik banyak-banyak untuk satu jenis Citra tapi kena settlekan dulu requirement yang ditetapkan.

"Kalau saya taknak macam mana? Saya nak ambil Citra ikut suka hati saya lah. Saya tak suka nak ikut rules ni, saya suka langgar rules je.", kata seorang rakan kita yang degil dan kepala batu. Jawapannya, tak graduate lah hang nanti. Duduklah kat UKM tu sampai kiamat ye. Benar rakan-rakan, korang tak salah baca mahupun saya salah taip (walaupun saya tulis posting ni masa nak tunggu waktu sahur hahaha). Tiada penipuan ye. Kalau tak lengkapkan requirement Citra ni, korang memang takkan dapat graduate on time ye. Dengar daripada lecturer dan senior, ramai student yang tak check betul-betul requirement Citra tu, ingatkan dah settle semua, rupanya ada lagi yang tak ambil. Terpaksalah dia kena extend semata-mata nak ambil satu subjek Citra itu je ye. Perghh, sayang betul. Pasal satu subjek Citra je.

"So, apa requirement Citra ni?"
Requirement Citra ni different ikut setiap fakulti dan even setiap courses jugak. Tapi yang asasnya, ada syarat pengambilan subjek Citra untuk semua pelajar UKM. Ada jam kredit yang perlu dilengkapkan oleh setiap pelajar. Sama jugak macam core subject yang lain yang ada credit hour, subjek Citra pun macam tu jugak. Ada 1-3 credit hour. Majoriti pelajar kena lengkapkan 30-40 credit hours of Citra sepanjang pengajian di UKM.

Ni merupakan apa yang saya dapat dari laman web UKM di bahagian Pusat Citra Universiti:
*Pelajar Program Profesional iaitu pelajar dari fakulti FUU, FSK, Farmasi, Pergigian,Perubatan, FKAB, dan pelajar FEP (accounting sahaja) JUGA pelajar Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i
-pelajar yang saya nyatakan di atas ini perlu mengambil 30 jam kredit bagi subjek Citra

*Pelajar Program Bukan Profesional dari FPI, FPEND, FST (kecuali program model di atas), FTSM, FSSK dan FEP (kecuali accounting)
-pelajar di atas perlu mengambil 40 jam kredit bagi subjek Citra (saya lah tu salah satu pelajar tersebut ๐Ÿ˜ญ)

Pembahagian Citra ni pulak ada 3:
-Kursus Wajib Universiti (wajib diambil oleh setiap pelajar), 10 jam kredit
-Kursus Citra Universiti yang Disetarakan (ni dah ada dalam subjek di fakulti kita semua, so takyah risau), 10 jam kredit
-Kursus Citra Universiti Luar Fakulti (ni yang paling best, korang bebas nak ambil subjek apa-apa di antara C1-C6 tersebut ikut pembahagian yang ditetapkan), 10 jam kredit bagi pelajar profesional dan 20 jam kredit bagi pelajar bukan profesional

Kursus Wajib Universiti tu taraf dia CW yang mana semua pelajar kena ambil ialah,
-Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
-Pengurusan dan Analitik Data (2 kredit)
-Tamadun Islam dan Tamadun Asia (3 kredit)
-Hubungan Etnik (3 kredit)

Kursus Citra Universiti – Taraf kursus adalah C1, C2, C3, C4, C5 & C6. Pelajar perlu melengkapkan keperluan kredit minimum mengikut Citra seperti rajah dibawah:
Domain CitraProgram Bukan Profesional
(Kredit Minimum per domain)
Program Profesional
(Kredit Minimum per domain)
Citra 1 – Citra Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan44
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi44
Citra 3 – Citra Kuantitatif & Kualitatif22
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi22
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian22
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup22

Maklumat ni semua saya dapat dari laman web rasmi UKM, di bahagian citra http://www.ukm.my/citra/
Kalau ada bakal pelajar yang masuk UKM, bolehlah baca.
Sorry sangat tak ada gambar langsung posting kali ni. Takut pulak terlalu bosan tapi saya memang nak kongsi maklumat je kali ni. Sebab kitorang awal-awal dulu pening gila fikir pasal Citra ni. Lagi-lagilah yang ambil 40 kredit hour tu. Banyak sangat kena cukupkan, kalau tak cukup nanti tak boleh graduate pulak. Sakit kepala fikir haha. Siap ada wakil dari Pusat Citra datang taip fakulti lagi nak explain pasal Citra ni. Tapi bila dah ada laporan akademik masa semester 1, senang sikit sebab dah nampak dah lagi berapa kena ambil untuk lengkapkan Citra ni.
*psst: saya sebenarnya ada lagi nak cerita pasal Citra ni tapi posting ni pun dah panjang sangat dah hahaha. Mungkin posting akan datang saya akan cerita kebaikan, kelemahan dan pengalaman saya ambil Citra ni.
Jangan lupa baca tau nanti! InsyaAllah kalau saya tak tukar fikiran hehehe. Terima kasih sebab sudi baca and sorry kalau boring atau terlalu panjang pulak posting ni. Jumpa lagi. Bye! Take care all ๐Ÿ˜˜


Comments

  1. ok, posting ni bagus kalau student baru baca. senang nak faham hehe. the shortest poeting of you i think. mesti mcm dah xde idea nak tulis apa kan hahaha. takpe, ada 1 je lg posting kne buat ok. fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Pendek ke madam hahaha, saya sebenarnya nak sambung bebel lagi tapi rasa macam dah panjang sangat.
      Btw, for this posting saya taktau nak letak gambar apa yang suitable so saya tak letak gambar.
      Tapi sebab madam cakap pendek, nanti saya edit letak gambar and sambung bebel sikit hehehe.

      Thank you macam for your comment๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. Hi, your writing really help me a lot to understand about Citra. But, where can I contact you to ask more about Citra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh hii, i just realized about your comment. You can contact me on telegram. My tele username @ainisuratman.

      Delete
  3. Baru nampak Sikit ii pasal citra...thanks sgt share pengalaman Dan pengetahuan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak sangka ada yang baca. Blog ni buat pun sebab untuk subjek apps comp. Good luck study hehe.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts