KARNIVAL CITRA BUDAYA 2019, UKM.
Assalamualaikum dan hai. Apa khabar semua? Keadaan sekarang ni makin membimbangkan disebabkan COVID-19. Kes makin meningkat dan kematian pun makin banyak. So, semua please take care and stay at home.
Okay, posting kali ni saya akan bercerita mengenai Karnival Citra Budaya 2019. Untuk pengetahuan semua, di UKM ni ada kursus atau subjek tambahan yang dinamakan Citra. Subjek tambahan ini akan diambil oleh kesemua pelajar di UKM ini sepanjang pengajian sebanyak 30 atau 40 kredit bergantung kepada Program yang diambil sama ada Program Profesional atau Program Bukan Profesional. Citra ini mempunyai 6 taraf kursus iaitu C1 sehingga C6. Jenis pembahagian taraf kursus citra adalah seperti berikut:
Citra 1 – Citra Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi
Citra 3 – Citra Kuantitatif & Kualitatif
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup
Setiap taraf mempunyai keperluan minimum yang perlu diambil oleh setiap pelajar sama ada 2 atau 4 kredit. Tapi, hari ni saya bukan nak bercerita mengenai kesemua taraf Citra ini, tetapi spesifik terhadap C1 dimana ada Citra Kebudayaan. Karnival Citra Budaya ini merupakan acara tahunan di UKM dimana kesemua pelajar yang mengambil subjek dibawah C1 akan dikumpul dan membuat persembahan pada malam tersebut. Pada semester satu yang lepas, saya telah mengambil subjek Citra Silat Gayung Fatani Asas I, dan disebabkan itulah saya merupakan salah satu peserta dalam KCB 2019.
Karnival Citra Budaya 2019 pada tahun lepas dijalankan selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Disember 2019 di DECTAR, UKM. Latihan penuh telah dilakukan pada 16 Disember. Bayangkan semua Citra Kebudayaan ada lebih kurang 50 jenis, jadi setiap subjek perlu untuk membuat persembahan termasuk tarian, nyanyian, silat, teater, lukisan dan arca. Itu belum saya senaraikan pecahan terhadap setiap subjek tersebut. Contohnya, silat adalah yang kursus besar tapi ada 5 jenis-jenis silat seperti Silat Gayung Malaysia, Silat Gayung Fatani dan Silat Cekak Hanafi (maaf, saya cuma ingat 3 je hahaha). Sebab itulah, KCB dijalankan selama 2 hari dan Malam Gala pada hari yang kedua.
Poster KCB 2019 |
Pada 16 Disember, kesemua peserta perlu turun ke DECTAR untuk membuat latihan penuh dari petang sampailah malam. Ada lebih daripada 15 persembahan pada Malam Gala tersebut jadi dari petang kami semua perlu berlatih dan perlu melihat kedudukan pentas dan VIP. Sepatutnya, setiap kursus perlu menghantar beberapa orang wakil sahaja kecuali bagi koir dan tarian yang memang memerlukan ramai orang. Tapi, untuk kursus Silat Gayung Fatani iaitu subjek yang saya ambil, pengajar kami nak semua orang sertai sebab untuk pembahagian markah penglibatan. Jadi, masa latihan semua berjalan macam biasa cumanya untuk silat, cuma ada 2 silat sahaja yang turun untuk latihan pada malam 16 Disember tu. Dan kedudukan asal kami pun kena ubah balik sebab kami terlalu ramai dan kedudukan pentas boleh dikatakan kecil untuk jumlah kami. Itupun sebenarnya kami dah bahagi kepada 2 kumpulan berjumlah 40 orang setiap kumpulan (ye kami ada 80 pelajar, ramai betul😂). Satu kumpulan buat persembahan pada 17hb dan satu lagi kumpulan pada 18hb. Jadinya untuk latihan kami sangat kucar-kacir berbanding kursus citra yang lain. Malu betul semua tengok macam tak ada persediaan hahaha. Kesemua kursus citra yang lain seperti tarian, nyanyian dan muzik pun buat latihan juga. Semuanya bagus-bagus. Yang menari semua menarik dan yang menyanyi suara merdu-merdu.
Pada 17 Disember, persembahan berlangsung di Panggung Seni dan lebih kepada pelajar kursus Teater. Tetapi disebabkan kami bahagikan kepada 2 kumpulan, jadi kumpulan yang membuat persembahan pada 17 Disember bersedia untuk membuat persembahan. Tapi, kami yang membuat persembahan pada 18 Disember perlu ke DECTAR untuk membuat latihan sekali lagi. Jadi, tak dapatlah kami nak tengok persembahan senior dan kawan-kawan kami huhuhu sedihnya. Baru ingat nak beri sokongan dekat kawan-kawan tapi tak ada rezeki pulak 😢. Tapi kat bawah ni ada beberapa gambar yang diambil oleh rakan kami.
Jadi, kami yang tengah berlatih untuk Malam Gala buat apa? Ye, kami berlatih macam biasa tapi Malam ni kami memang buat latihan penuh dan mengikut atur cara program. Jadi, kami semua balik 12 malam lebih sebab memang lama gila latihan dan akhir sekali, kesemua peserta yang membuat persembahan pada Malam Gala tu kena berkumpul di pentas untuk buat persembahan gabungan. Lepas dah habis latihan, kami perlu berlatih lagi untuk menari bagi persembahan gabungan. Malam tu semua balik jalan kaki dan naik Grab je hahaha sebabnya bas pun dah tak ada pukul 12 lebih😂
Hari terakhir ialah pada Malam Gala iaitu pada 18 Disember di DECTAR. Yang dah buat persembahan pada 17hb di Panggung Seni tak perlu hadir untuk latihan, cuma perlu datang untuk Malam Gala sahaja sebab semua pelajar C1 kena buat laporan berkenaan Malam Gala tersebut. Kami yang kena buat persembahan pada 18hb ni, kena datang lepas zohor sebab kena ada lagi satu latihan penuh sebelum persembahan (benar semua, ada latihan lagi hahaha). Kami yang silat ni cuma pakai seragam hitam dan kain batik je, jadi lepas zohor kami terus pergi DECTAR dengan pakai seragam hitam dengan bawa kain batik dalam beg. Nanti tak payah balik kolej lagi untuk ambil barang. Tapi masa ni, kami tiba-tiba ada krisis yang timbul. Sepatutnya untuk semua persembahan, seperti tarian ada banyak jenis, jadi tarian tradisional akan buat satu persembahan dan tarian moden akan buat persembahan lagi. Tak gabung ye. Masa berlatih pada malam sebelumnya, kami yang silat ni pun patutnya buat asing ikut jenis. Tapi tiba-tiba masa kami datang ke DECTAR, kami nampak senior kami tengah berbincang dengan pihak pengurusan. Senior kami bagitau pihak pengurusan suruh kami buat sekaligus. Maksudnya, 4 silat yang buat persembahan perlu gabung sekali. Setiap persembahan sebenarnya diberi 3 minit. Jadinya, bila semua silat disuruh gabung sekali, bermakna kami tak akan dapat 3 minit tetapi cuma kurang daripada 1 minit untuk setiap jenis silat. Kucar-kacirlah kami semua nak kena susun balik setiap elemen yang kami nak persembahkan. Terpaksa potong dari 6 buah silat kepada 3 buah silat sahaja. Sebabnya kami ada tunjuk bukan setakat buah silat juga tetapi ada jurus sembah juga.
Lagi satu berita buruk untuk kursus Silat Gayung Fatani, pihak pengurusan cuma nak kami hantar wakil 10 orang sahaja sebab kami terlalu ramai. Haruslah kami mengamuk ye hahaha. Mana taknya, tiba-tiba kena gabung persembahan dan kami kena potong beberapa elemen dalam persembahan kami untuk persembahan tak jadi lebih dari 3 minit. Lepas tu pulak pihak pengurusan minta 10 orang sahaja daripada 40 orang. Tak adil lah bagi 30 orang yang lain. Kami semua dah berlatih selama seminggu untuk persembahan tersebut, tiba-tiba cuma 10 orang je kena jadi wakil. Selebihnya itu berlatih sia-sia lah selama ni. Jadi kami berbincang balik dengan pihak pengurusan, lepas dah gaduh mulut semua lebih kurang setengah jam, pihak pengurusan pun setuju benarkan semua peserta dari kursus kami untuk buat persembahan. Kami pun terpaksa buat susunan persembahan semula dan ada latihan tambahan untuk kami. Jadi, lepas berbincang dengan pihak pengurusan dan silat lain, dapatlah kami susun atur kedudukan semasa membuat persembahan nanti. Tapi itulah, takut juga kucar-kacir semasa persembahan sebab perubahan jadi masa saat-saat akhir.
Tapi Malam Gala tersebut mendapat sambutan yang besar sampai DECTAR penuh dan ramai yang terpaksa berdiri sebab tak cukup tempat duduk. Pakaian semua peserta pun lawa sangat, lagi-lagi yang buat persembahan tarian tradisional. Semua nampak ayu je. Sambutan dan sorakan dari penonton pun sangat-sangat luarbiasa. Bagi kami yang pelajar tahun pertama yang sertai KCB ini, rasa berbangga dan terkejut dengan sambutan hebat. Walupun gementar sangat tapi kami masih boleh enjoy, lagi-lagi lepas habis persembahan kami hahaha. Persembahan pun dah lepas, enjoy sahaja lah.
Bawah ni saya akan sertakan beberapa video persembahan yang saya rekodkan sepanjang berlangsungnya Karnival Citra Budaya 2019 ini.
Gembira sebab dah habis persembahan. Hilang satu beban. |
Pelajar SGF sebelum persembahan. Nampak biasa tapi semua tengah gementar.
Semua nampak segak hahaha
|
Persembahan kami pada Malam Gala uwuuu
Persembahan pada kedua-dua malam
Persembahan dikir barat
Kami semua enjoy!
Terima kasih kepada yang membaca blog saya. Jaga diri semua, jangan keluar rumah kalau tak ada benda penting. Semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit. Jumpa lagi pada posting berikutnya. XoXo.
Banyak betul berita buruk malam tu ya hehe. but am glad everything went well. kalau saya kat tpt awak pun boleh mendatangkan marah juga hahaha. everything is an experience i believe. thanks for sharing. good job!
ReplyDeletePenat berlatih seminggu madam tapi tiba-tiba nak 10 orang je, mestilah marah huhuhu.
DeleteThank you madam for your comment! 😊