Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Pada posting kali ini saya akan menulis mengenai sebuah tarikan yang ada di tengah-tengah Kuala Lumpur yang tak ramai orang tau iaitu Taman Botani Perdana atau dalam bahasa inggeris, Perdana Botanical Garden Kuala Lumpur. Tempat ni sangat besar dan dekat je dengan KL Sentral yang menjadi hub pengangkutan awam. So, senang je dah turun dekat KL Sentral then boleh jalan kaki je pergi Taman Botani Perdana (kitorang panggil Taman Tasik Perdana atau TTP). Dekat TTP ni ada banyak sangat tarikan yang boleh dikunjungi. Bukan taman biasa-biasa je untuk nak jogging atau beriadah, ada muzium, taman haiwan, dan boleh pergi Masjid Negara dengan jalan kaki jugak! Dekat sangat.
Disebabkan saya sekolah rendah dan sekolah menengah di Brickfields, jadi Taman Tasik Perdana atau kami panggil TTP merupakan taman yang biasa kami gunakan untuk acara-acara larian di peringkat sekolah seperti merentas desa. Ye, kalau sekolah lain memang betul-betul merentas desa di sekitar kawasan sekolah. Tetapi, disebabkan sekolah kami berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan laluan yang penting kerana Brickfields berada bersebelahan dengan KL Sentral iaitu tempat pejabat-pejabat swasta, pusat beli-belah dan hub pengangkutan awam, jadi kami tidak boleh menutup jalanraya untuk acara larian sekolah kami. Kalau tak tutup pula, pejalan kaki sangat sempit untuk acara larian, bahaya pulak takut tiba-tiba ada kemalangan nanti. Tak ke susah? Sebab tu lah, sekolah kami akan mengadakan acara larian merentas desa di TTP.
Nak tau macam mana kami pergi ke TTP dari sekolah? Naik bas macam pergi lawatan? Hahahaha, tettt salah. Kitorang pergi TTP jalan kaki je hahhaha. Dari sekolah kami, kami kena melalui NU Sentral, KL Sentral, Hotel Hilton dan kena melintas jalan raya barulah sampai ke TTP. Tapi takdelah jauh sangat, dalam 1km lebih je macam tu. Cuma penatlah belum lari lagi dah kena jalan jauh hahaha. Lepas tu bila dah habis merentas desa, dah penat tapi kena jalan nak balik. Tapi TTP ni best sebab taman besar. Saya dan kawan-kawan selalu ke TTP kalau nak jog pagi atau kalau ada picnic, nak buat birthday surprise.
|
Peta Taman Tasik Perdana. Besar kan? |
|
Cantik sangat view dari atas. |
Ada banyak tarikan macam taman bunga tapi sebab saya tak tau jenis-jenis bunga dan tumbuhan, saya tak akan cerita mengenai tempat tersebut. Saya akan cerita mengenai tempat yang saya tau hahaha. So, antara tarikan yang ialah:
1. Laman Perdana
Laman Perdana ni berada kat tengah-tengah Taman Tasik Perdana ni. Tempat ni untuk event dan boleh berkumpul. Laman Perdana ni baru je siap dalam 2 ke setahun yang lepas (saya lupa) tapi kira barulah. Masa tu skateboard famous sangat dalam kalangan remaja, so rasanya pihak pengurusan Taman Tasik Perdana sedar pasal ni, so diorang buat Laman Perdana ni ada sekali tempat untuk main skateboards. Tak ada lah kawasan khas cumanya seluruh kawasan Laman Perdana ni selalu orang main skateboards dengan roller blade sebab memang dibina khas macam berbukit-bukit. Yang penting binaan atap dia tu lawa sangat!
2. Bamboo Playhouse
Ini tempat favorite saya! Rumah buluh ni best sangat-sangat. Biasanya saya dan kawan-kawan saya kalau nak picnic, kitorang akan duduk dekat sini. Cantik sebab kat tepi sungai lepas tu tempat tu memang dibina dengan buluh. Kalau nak tangkap gambar kat sini pun memang sesuai sangat. Paling saya suka sebab Bamboo Playhouse ni bertingkat tau, tempat ni ada 2 tingkat. So, boleh main panjat-panjat hahaha. Tapi ada limit weight lah kalau nak naik tingkat atas tu, kalau tak silap 90kg atau 100kg. Sebabnya tempat ni memang hampir keseluruhan dibina dengan buluh, jadi kena ada limit berat. Kalau ramai-ramai naik memang runtuhlah jawabnya hahaha.
3. Taman Rusa dan Kancil
|
Gambar atas ihsan pemilik blog. |
Kat TTP ni bukan ada tumbuh-tumbuhan je tau. Ada taman untuk haiwan jugak. Kat sini ada Taman Rusa dan Kancil. Mesti korang tak percaya kan boleh tengok rusa dengan kancil kat tengah-tengah Kuala Lumpur lepas tu kat taman yang luas dan percuma pulak tu. Tak payah pergi tempat lain bayar mahal-mahal. Lepas habis beriadah, bersenam dan berkelah tu boleh jalan kaki je pergi Taman Rusa dan Kancil ni. Senang, semua dalam satu kawasan je.
4. Taman Burung, Kuala Lumpur
Taman Burung ni bukanlah antara tarikan yang berada di Taman Tasik Perdana (sebabnya kesemua tarikan di taman ini adalah percuma untuk pengunjung), tapi Taman Burung ni berada di dalam kawasan Taman Tasik Perdana dan saya rasa Taman Burung ini menarik sangat kalau nak bawa family terutamanya adik yang masih kecil. Dapat tunjuk dan ajar spesis burung-burung yang ada. Kalau tak silap saya, saya pernah pergi sini masa saya kecil jugak. Tapi saya tak pastilah hahaha sebab dah lama sangat.
Taman Burung ni ada 4 zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4.
Zon 1: The Free-Flight Walk-In Aviary
Zon 2: The Free-Flight Walk-In Aviary (elusive birds)
Zon 3: Hornbill Park
Zon 4: World of Parrots
Okay, mesti ada yang tertanya-tanya apa beza Zon 1 dengan Zon 2 kan? Bezanya, Zon 1 ni korang dapat tengok banyak spesis burung yang biasa kita jumpa seperti burung merpati dan burung Flamingo. Zon 1 ni ada beberapa kandang burung mini macam Love Aviary, Brahminy Land, Flamingo Pond dan Bulbul Land. Manakala, Zon 2 pula merupakan kawasan yang menempatkan spesis burung yang jarang dijumpai macam Nicobar pigeon, Baya Weaver, Scarlet Ibis dan Peafowl (jangan suruh saya translate ke bahasa melayu hahaha saya tak jumpa, saya tunjuk gambar jelah eh?)
|
Scarlet Ibis |
|
Peafowls (okay yang ni saya tau, burung merak hahaha) |
|
Baya Weaver |
|
Nicobar Pigeon |
Dah besar ni tak berkesempatan lagi saya nak pergi walaupun selalu jalan dekat Taman Burung ni hahaha. Kalau korang nak tau, tiket masuk bagi warganegara Malaysia ialah Rm25 (dewasa) dan Rm6 bagi kanak-kanak dan warga emas. Kalau korang nak pergi secara berkumpulan pun ada pakej yang disediakan, boleh ke laman web
Taman Burung, Kuala Lumpur
5. Muzium Negara, Kuala Lumpur
Yeayyy Muzium Negara! Muzium Negara ni berada betul-betul kat sebelah Taman Tasik Perdana. Siapa je tak pernah pergi lawatan ke Muzium Negara kan? Sebab sekolah rendah dan sekolah menengah saya memang dekat sangat dengan Muzium Negara ni, saya selalu ke sini kalau ada lawatan atau bila kami dah habis ujian tapi masih kena datang sekolah sebab belum bermula cuti sekolah lagi, so cikgu kami akan bawa lawatan ke sini. Untuk orang yang tak minat dengan sejarah mungkin akan rasa bosan. Tapi, kalau pergi ramai-ramai dengan kawan memang tak rasa bosan langsung.
Galeri Muzium Negara ni ada 4 iaitu:
Galeri A: Sejarah Awal
Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu
Galeri C: Era Kolonial
Galeri D: Malaysia Kini
Bayaran kemasukan bagi warganegara cuma RM2 sahaja, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Btw, saya taktau lah masa saya datang untuk lawatan sekolah pada tahun 2015, pihak muzium akan sediakan aktiviti atau kami bernasib baik kebetulan ada aktiviti masa tu. Kami belajar cara-cara masyarakat zaman dulu hidup seperti tangkap ikan guna bubu, tumbuk beras, menampi beras dan membuat rakit daripada buluh.
|
Belajar membuat rakit menggunakan buluh (akhir tu kami memang cuba betul betul di kolam kecik kat situ) |
|
Padi dan jagung untuk diproses |
|
Menumbuk padi untuk asingkan beras daripada sekam |
|
Menampi padi yang telah ditumbuk |
|
Menangkap ikan menggunakan bubu |
Korang kalau berkesempatan, bolehlah datang ke Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur ni. Best sangat tau. Sambil-sambil bersenam dapat menghirup udara segar. Dekat tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur susah tau nak cari taman yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan macam ni. Kalau korang nak buat majlis kat sini pun boleh, pergi je kat
laman web rasmi Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur. Terima kasih kerana membaca blog saya. Jumpa lagi pada posting seterusnya! Bye!
Akhir sekali, saya nak kongsi gambar saya dan rakan-rakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur ni hehehe.
|
Kat sini ada taman permainan jugak. Kalau tak tau malu, bolehlah main buaian jugak walaupun umur dah 20 tahun hehe |
|
Picnic 3 Amanah pada tahun 2014. |
|
Makan jangan tak makan. |
|
Jamuan 6AK1 (2018) |
Saya selalu juga ke taman tasik perdana ni dulu masa saya belajar UM since mmg dekat dgn rumah sewa saya. tapi rasanya masa tu takde lagi laman perdana dan bamboo house tu. kne buat next visit nampaknya. tapi tgh pkp ni xtaula bila boleh pergi hahaha. Thanks for sharing Aini!
ReplyDeleteAah madam. UM memang dekat je. Mostly kawan saya semua pun stay dekat pantai dalam dan bangsar. Nanti bolehlah madam visit sebab sekarang dah lawa sangat madam hahaha, tapi visit tahun depanlah nampak gayanya madam :D
Delete