Tutorial edit background gambar

Hi dan selamat sejahtera semua! Harap semua dalam keadaan yang sihat. Ini merupakan posting ke-11 saya di blog ini. Disebabkan dah posting hujung-hujung ni, saya dah tak tau nak tulis topik apa. So, pecahlah kepala saya duk nak fikir nak tulis apa pulak ni sambil guling-guling atas katil *ehh tiber nak drama sangat*. Okay-okay maaf, nak drama sikit pun tak boleh :(

Baiklah, kembali kepada jalan yang benar. Few weeks ago, saya ada nampak orang buat thread kat twitter ajar untuk edit background gambar. Cantik betul dia edit. Maklumlah sebab saya noob, manalah saya reti nak edit gambar ni. Tangkap gambar pun kelaut. Tapi disebabkan cantik sangat, dan senang. Jadi, terngiang-ngianglah thread tersebut dalam kepala otak saya ni. Nak buat apa-apa je asyik teringat, mandi tak basah tidur tak lena kata orang hahahaha *ye tau over sungguh*
Tapi sebab takde masa, tak sempat nak try buat. So, tadi barulah saya try buat alang-alang memang tak tau nak tulis apa untuk posting kali ni. Saya pun saje lah try.

Bawah ni saya akan tunjuk contoh step nak edit dari A sampai Z ye. Saya dah ada try satu gambar ni dulu as percubaan. Nasib baik jadi. Kalau tak, nangis tepi bucu katil jelah jawabnya. Yang penting sekali, dalam phone korang kena install apps Picsart dulu tau. Itu yang paling penting, kalau takde memang tak bolehlah nak edit.


So, ni gambar original
Jeng jeng jeng. Ni hasilnya lepas buang background. Perghhh ada nampak estetik gituww tak? ๐Ÿ˜†
Tengok hasil lepas saya edit kat atas tu. Lawa tak? Excited ye saya dapat edit background tu. So, kalau ada gambar yang background tak lawa, boleh tukar je background. Senang gila. Yang ni contoh yang saya dah buat siap-siap. Video bawah ni saya tunjuk step yang saya dah screen record. Enjoy!


Dah tengok video kat atas tu, korang faham tak explanation saya tu hahahhaa. Sorry lah nak edit tetiba blurr pulak. Terpaksa buat balik. Tak pasal-pasal video jadi panjang sangat pulak. Padahal tutorial simple je.

Btw, saya ada cakap kan yang saya buat tutorial ni based on thread kat twitter. Ni link thread tu ➠ https://twitter.com/uwumuni/status/1242452059909001216

Kalau ikut thread asal, dia guna apps Superimpose. Tapi, bila saya cari kat play store, ada tu memang ada. Tapi bila dah install, eh tiba-tiba dia jadi apps lain pulak. Pelik betul saya. Dah try 2 kali pun sama jugak. Maknanya saya kena scam lah tu hahahha. Maybe yang thread asal tu sebab dia pakai Iphone kot, so ada je apps tu. Lepas tu saya baca kat bahagian replies bawah thread tu, ada yang cakap boleh guna apps Picsart tu. So, saya try install and try edit guna Picsart je. Tak sangka, menjadi jugak. Excited ye lepas dah jadi.

Eh, lupa nak share info lagi. Macam kat thread asal tu, dia ada guna apps Remini tau nak bagi clear gambar tu. Kira nak jadikan HD lah. So, kualiti gambar tu tiptop lah macam tangkap gambar guna kamera. Saya tak buat guna Remini sebab yelah saya pemalas HAHAHAHA. Tapi apps Remini tu, korang boleh nak bagi clear semua jenis gambar. Kalau ada gambar time kecik tu mesti kabur kan? Maklumlah kualiti gambar dulu tak berapa nak cantik sangat macam sekarang. Tapi kenangan kan, so bolehlah guna apps Remini tu untuk nak buat gambar tu bagi jelas macam HD gituww. Okay-okay saya stop membebel hahahaha. So, bawah ni saya share hasil sebelum, selepas dan semasa edit gambar yang saya record tu.



Sebelum-Gambar asal sebelum edit

Semasa-Ni lepas dah remove background kat https://www.remove.bg/

Selepas-Hasilnya lepas dah edit new background!

Ni gambar bonus hahaha. Eh tiba-tiba saya dah sampai kat Korea๐Ÿ˜†
Cantik betul pokok Cherry Blossom ni. Pkp pun menyempat saya melancong ke luar negara tau. Eh eh eh๐Ÿ˜‚

Dah settle tutorial yang saya nak tunjuk. So, lepas ni kalau ada gambar yang cantik tapi tak berkenan dengan background tu, jangan buang! Simpan je, lepas tu boleh edit macam yang saya ajar ni. Biasalah kita remaja kan, lagi-lagi yang perempuan. Mestilah suka tangkap gambar dan selfie. Kat mana-mana je nak tangkap gambar, kalau boleh depan tong sampah pun okay je kalau pengcahayaan baik kat situ. Lepas ni, kalau nak tangkap gambar depan tong sampah pun takde hal sebab dah boleh nak letak background lawa-lawa (tapi kalau boleh takyahlah ye hahahaha).

Apa pun, semoga tutorial saya ni bermanfaat untuk korang yang membaca. Ni pun lagi beberapa hari nak raya kan, mana boleh keluar. So, tangkap jelah gambar ootd kat kawasan rumah je lepas tu edit jelah nanti. Takyah penat-penat nak cari background lawa-lawa. Akhir kata, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat yang menyambutnya, dan selamat bercuti kepada non-muslim yang lain. Bye, jumpa lagi pada posting akan datang!

Comments

  1. Salam Aini,
    Gigih saya tgk video awak sampai habis hahahaha. i feel you. mcm tu jugaklah bila saya buat video utk u guys, bendanya patut simple je suddenly jadi panjang bila record. terpaksa la delete n buat balik :D good tips anyway, saya pun rasa mcm pernah nampak tips ni kt internet few days ago. Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan pulak madam tengok video saya tu hahhaha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

      Thank you madam for your comment ;)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts