Movie Time!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semua orang dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Bagi pelajar UKM, online class dah bermula pada 27 Mac yang lalu kan? Macam mana? Okay tak tu? Mesti ramai yang stres sebab online class kan? Jadinya, posting kali ni saya nak  tulis posting yang dapat menghilangkan stres rakan-rakan semua. Yes, movie recommendation!

Dulu saya suka tengok K-Drama, which is sekarang pun masih lagi suka cuma dah tak berapa ada masa sangat jadinya saya beralih ke movie hehehe. Best, 2 atau 3 jam je tengok, tuptup dah habis. Takyah layan sampai 16 episod hahaha. So, saya akan bagi rekomendasi filem yang saya dah tengok dan saya suka. Baiklah, tanpa melengahkan masa, marilah kita ke senarai movie tersebut.

1. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


This movie forever gonna be my favorite. I can watch it 10 times without feel bored at all hahaha.  Filem ni ialah filem Indonesia yang diadaptasi daripada novel tulisan HAMKA yang bertajuk sama seperti filem ini. Filem ni best, kapal tu tenggelam ala-ala cerita Titanic tapi fokus utama bukan pasal kapal tu tenggelam. Fokus utama dalam filem ini ialah mengenai perbezaan adat di dua negeri berbeza di Indonesia sehinggakan susah untuk orang nak berkahwin dengan pilihan hati. Perbezaan adat perpatih di Minang dan adat temenggung di Bugis menyebabkan seorang anak muda berasa kehilangan dan tidak diterima dalam masyarakat di kedua-dua buah negeri itu. Selain itu, filem ini juga menekankan mengenai pilihan dalam kehidupan. Walaupun kita suka atau cinta dengan seseorang tapi restu keluarga dalam hubungan tersebut pun amat penting.

Pengajaran yang paling best bagi saya dalam filem ni lebih kepada ibu bapa atau ahli keluarga, di mana ahli keluarga tak seharusnya memaksa agar ahli keluarga yang ingin berkahwin supaya memilih pilihan yang telah ditetapkan. Perkahwinan antara dua insan merupakan ikatan yang suci dan kedua-duanya memerlukan kesefahaman dan perlu saling percaya-mempercayai untuk sesebuah hubungan itu berjaya. HAMKA juga turut tekankan bahawa adat dan agama merupakan dua perkara yang berbeza kerana adat menyusahkan sesuatu perkara, manakala agama menyenangkan sesuatu perkara. 

Tapi filem ni memang best gila. Semua dialog dalam filem ni sangat menusuk kalbu. Saya sampaikan dah hafal dah dialog dalam filem ni. Memang geram sangat dengan heroin dia si Hayati tu. Rasa puas sangat masa scene hujung-hujung tu. Bawah ni saya sertakan dialog dan video fav scene saya dalam filem ni. 

“Bukankah kau yang telah berjanji ketika saya diusir oleh Ninik Mamakmu karena saya asalnya tidak tentu, orang hina, tidak tulen Minangkabau, ketika itu kau antarkan saya di simpang jalan, kau berjanji akan menunggu kedatanganku berapapun lamanya, tapi kemudian kau berpaling ke yang lebih gagah kaya raya, berbangsa, beradat , berlembaga, berketurunan, kau kawin dengan dia.






2. The Platform


Filem The Platform ni merupakan filem Spanish. Filem ni bertemakan kelas sosial dalam masyarakat. Filem ni berkisarkan mengenai sebuah penjara yang memiliki beratus-ratus tingkat dimana makanan akan dihantar daripada tingkat paling atas iaitu tingkat 1 kepada tingkat yang paling bawah sekali. Setiap tingkat tu ada 2 orang. Jadi bayangkanlah makanan yang ada tu nak dihantar sampai ke tingkat paling bawah, lebih kurang ada 300 lebih.

Filem ni best sebab intrepretasi adalah daripada penonton sendiri. Banyak persoalan dalam minda macam "cukup ke makanan tu nak sampai tingkat paling bawah sekali?", "macam mana orang yang berada di tingkat bawah tu nak survive kalau tak makan?" dan banyak lagilah. Filem ni best sebab dia buatkan kita berfikir. Dalam sebulan atau 2 minggu macam tu diorang boleh berpindah dari aras lain ke aras lain berdasarkan kelakuan diorang dalam penjara tu. Yang peliknya, korang akan rasa macam tak percaya sebab bila banduan tu buat jahat atau bunuh orang, diorang akan naik ke level yang atas. Tapi kalau buat baik, dia akan pergi ke level bawah. Rasa macam terbalik kan? Bahagian ni confirm semua ada penjelasan masing-masing tapi kalau menurut saya, saya percaya pengarah nak tunjuk realiti kehidupan dimana orang yang jahat akan sentiasa di atas dan orang yang baik akan tersisih. This film talk about inequality in society, capitalism and how people on top who has power can actually ruined the person who is on the bottom. Btw, filem ni ada banyak blood scene ye. Kalau jenis penakut atau geli, jangan tengok tau hahaha nanti pengsan saya taknak bertanggungjawab.

"It’s a wonderful metaphor for the towering terror of capitalism, every individual indulging while enjoying their time at the top, while the unseen masses at the bottom eat each other alive. The system benefits almost no one, but stubbornly resists change, incentivizing each individual to take as much as they can, while it’s there." from Forbes

One person wrote on Twitter: "Netflix's The Platform depicts how the society now is working. People in the lower level of the social class are being oppressed by the superior/powerful ones. Solidarity will help us survive, but not everyone is eager to cooperate."
Another added: "The Platform on Netflix if you want to see the real ugly face of humanity, and how f***ed up the levels of social classes we have. Mind f***er. 11/10, wouldn't recommend for those who hate open-ended movies."
A third said: "The Netflix movie The Platform just shows how s***ty society is and how equality doesn't exist in places where everyone strives for what the people think they deserve. You can't expect people to thrive in a system when the system is broken in the first place."  from LadBible
Trailer Filem The Platform




3. Midnight Runners


Movie korea! Hehehe. Tak lengkaplah recomendation movie kalau tak ada filem korea kan? Filem korea ni apa je yang tak best? Semuanya best hehehe. Midnight Runners ni filem aksi komedi. Filem  ni pasal dua orang pelatih dari akademi polis yang terjumpa dengan kes penculikan masa diorang keluar lepak. Bila diorang nak report dekat polis lain, semua taknak ambik kes tu sebabnya belum cukup 24jam dan masa tu ada seorang anak usahawan ni pun hilang. So, polis memang fokus nak cari anak usahawan tu je. Jadi, sebab diorang dua ni dari akademi polis, diorang tau lah macam mana nak selesaikan kes tu walaupun tak habis belajar pun lagi hahahaha. So, diorang decide untuk selesaikan kes penculikan tu berdua je.

Bestlah filem ni. Kalau rasa macam stres sangat, bolehlah tengok filem ni. Walaupun genre aksi tapi ada komedi jugak. So, kelakarlah dengan gelagat dua orang pelatih polis ni. Yang penting, chemistry diorang sangat gempak ye. Dah lah dua-dua pun handsome (mula dah fan girling), okay maaf, maaf hehehe. Tapi park seo joon dengan kang ha neul memang handsome pun😆😆😆

Trailer Midnight Runners



Okay, dah habis! 3 movies yang saya dapat recommend kali ni. InsyaAllah kalau ada masa nanti saya share lagi movie yang best. Mana tau kalau saya rajin nanti saya share pasal K-Drama pulak hehehehe. Kalau K-Drama ni dia jadi panjang lagi hahaha. Nantilah kalau ada masa ye. Terima kasih semua sebab sudi baca blog saya! Bye and take care semua!

Comments

  1. ok, saya rasa mcm byk keje pulak lepas baca semua post awak ni sbb semua recommendations awak saya nak buat hahaha. but seriously, movie the platform tu mcm seram je. rasanya ada satu eps running man dia adaptasi drpd movie tu. ye, saya layan RM hahaha. good job Aini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaptasi dari movie yang mana madam? The Platform ke? Rasanya tak. Mungkin movie korea yang menang oscar tu madam, Parasite.
      Tapi kalau movie Midnight Runners tu 2 hero tu memang pernah datang RM hehehhee

      Delete

Post a Comment

Popular Posts