ADA APA DENGAN TIKTOK?
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Saya terlupa pulak saya ada posting yang terakhir kena submit hari ini hahahaha. Saya tak ada idea nak tulis pasal apa. Tapi baca tajuk kat atas tu acah-acah macam movie Ada Apa Dengan Cinta tu tak? Hahahaha. Saya memang tak tau nak tulis pasal apa , tapi baru teringat yang sekarang saya dah terpengaruh dengan aplikasi TikTok ni. Lepas tu, sebelum ni pernah baca blog Arvinth dia cerita pasal TikTok hahahaha. So, yeahhh saya pun nak cerita pasal TikTok jugak!ππ
Tapi saya setakat ni belum lagilah buat apa-apa video TikTok sebab banyak yang menari saya rasa macam sangat tak proper. If ada yang video yang okay pun, saya memang tak bolehlah nak menari sebab saya kayu. Keras betul, sikit pun tak lembut yeπ
Saya install TikTok ni untuk hiburan je. Saya cuma tengok video-video yang ada dalam tu. Mesti ramai yang ingat TikTok cuma ada video orang menari dan video cringe je kan? Ramai tak tau sebenarnya TikTok ni interesting. Banyak je video lain yang best macam tutorial dan video lawak. Bolehlah tengok kalau rasa stres ke, dapatlah hilangkan sikit stres tu hahahaha. So, bawah ni saya akan bahagikan ikut kategori dan saya akan letak video TikTok yang saya rasa menarik. Enjoy!
Instagram Story Hacks
Have you ever wonder how to make your IG story look so cute and pretty? Yes, ini adalah beberapa tips yang saya dapat dari TikTok hehehe. Lepas ni, boleh edit IG story lawa-lawa.
Lawak Hambar
Ye lawak hambar. Sepatutnya ada je video yang lebih lawak, tapi saya tak jumpa pulak. Tapi disebabkan saya mudah terhibur, video macam ni pun boleh buat saya tergelak hahahaha.
Tarian
TikTok kan terkenal dengan orang duk menari-nari kan? Tapi yang ni lain! Ini tarian yang melambangkan budaya kita. Best sangat. Saya share dari akaun TikTok yang sama je ni. Tapi banyak lagi video dari orang lain. Tarian kebudayaan dari negara lain pun ada. Cumanya, kalau tak silap saya, akaun yang saya tunjuk kat bawah ni yang start buat challenge ni yang dia tulis as #MalaysiaDanceChallenge. First time saya tengok kat Twitter sebab dia post kat situ then ramai yang retweets video tu. Mula-mula dia cuma buat yang Melayu, Cina dan India je. Lepas tu ramai pulak minta Sabah, then Sarawak. Video dia yang ni kat TikTok pun dah ada banyak, rasanya dah sampai Part 12. Bagus inisiatif dia ni. Saya suka sebab rasa macam menarik sangat and secara tak langsung dapat jadikan tarian kita ni terkenal.
Tips and Tricks
Pernah tak tengok tips and tricks video yang selalu keluar kat Facebook atau IG tapi tak menjadi atau tak betul pun. Kalau kat TikTok ni, video macam ni memang betul dan menjadi ye! Best sangat tengok.
Tips Bergambar
Kat TikTok ni banyak sangat tips untuk nak tangkap gambar, edit gambar atau cara nak buat gambar kita lawa. Cuma nak atau tak nak buat je. Kalau jenis yang kreatif and suka benda lawa-lawa mesti excited and rajin je nak buat. Cuma kalau macam saya, saya save je sebagai simpanan konon nanti bila-bila nak try semua tips tu tapi malas tu tak boleh bawa bincang hahahaha.
Wallpaper Bergerak
Yes, wallpaper atau lockscreen kat phone kita boleh bergerak. Ini yang saya paling suka sebab saya terjumpa video ni beberapa hari yang lepas. Terus saya try. Sekarang ni bila buka phone mesti sengih-sengih sebab wallpaper lawa sangat. Lockscreen tak boleh nak buat sebab saya letak jadual kelas. Ni sebenarnya feature baru dalam TikTok, Live Photo. Boleh pilih macam-macam jenis video sebab ramai yang buat khas untuk Live Photo ni. Kalau minat kpop tu, gambar kpop idol pun boleh letak jadi wallpaper bergerak ni. Saya minat gambar pemandangan, laut, nature macam tu lah. Saya dah tukar 2 kali hahahaha. Mula-mula try yang laut tu. Lepas tu try yang video awan tu. Siap record lagi ye sebab nak tunjuk kat kawan hahahahaha jadi saya masukkanlah sekali kat sini. 2 video terakhir tu bukan video tiktok ye, saya record saje-saje. Btw, maybe sebab rindu nak keluar kot, sebab tu lah terlebih excited. Kalau video laut tu, rasa macam berenang dalam air betul hahaha.
BONUS!!
Time puasa hari tu, bila nak dekat-dekat raya tu ramai yang buat video raya kat TikTok yang passing sampul raya tu. So, kitorang sebagai remaja yang mudah terpengaruh ni buat lah atas desakan dan pujukan dari classmate kitorang iaitu Zahirah. Asalnya ajak dalam group ws kelas tapi ramai taknak sobsobsob. Hasilnya berapa orang je join hahahaha tapi takpelah asalkan ada. Selamat Hari Raya dari 6AK1 SMK Vivekananda sesi 2017/2018.
Dah habis! Terima kasih sanggup baca blog saya (kepada yang baca lah sebab saya tak share pun link blog saya kecuali kat madam je sebab malu lah hahaha). Terima kasih juga kepada madam fiza yang sanggup baca blog kitorang semua (30++ pelajar, banyak sangat). Habis dah 12 posting saya kat blog ni. Bila madam suruh buat blog, rupanya baru sedar saya dah lama ada blog sebab dulu konon nak jadi blogger (apa-apa lah aini hahahha) tapi tulah, buat jelah blog tapi tak reti nak buat posting semua. So memang tak pernah tulis apa-apa lah hahaha. Taktau lah lepas ni saya still akan update blog saya ke tidak. Mungkin kalau dah bosan sangat nanti, saya akan tulislah dalam ni. Macam sekarang ni memang busy sangat. Nanti mungkin bila cuti semester, bosan-bosan tak tau nak buat apa tu saya cuba lah tulis posting blog.
Terima kasih sekali lagi untuk madam fiza sebab sanggup baca dan komen every posting yang kami buat. Lepas ni madam dah tak baca dah blog huhuhu. Bye madam and kawan-kawan yang baca! See you soonπ
Salam Aini,
ReplyDeletewoo macam2 rupanya ada dlm tiktok tu ya. medsos or internet generally its either 2 - kita ambil manfaat or tidak. kita buat dosa atau buat pahala. the choice is really on us. so, pandai2lah kita nak pilih mana yg baik utk kita sbb esok2 kesan akan kena pada kita balik ye dak.
since this will be your last post, congrats sbb dpt habiskan semua 12 postings dgn jayanya.
i hope you hv learned something from this task - blogging. dah alang jadi blogger tu nnt rajin2lah update post ok :D
lepasni boleh fokus on other assignments plak ok.
Fighting!