Masak-Masak (Resepi Tauhu Begedil)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog saya. Korang semua apa khabar? Sihat ke tak? Maklumlah, duk kat rumah je kan and tak boleh pergi mana-mana. Mesti bosan kan duduk dalam rumah je. Disebabkan kita sekarang ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), so duduk rumah mesti pening nak buat apa nak isi masa lapang. Biasalah, bila tak boleh keluar rumah ni macam macam nak makan tapi susah betul nak cari orang jual. Hari isnin hari tu, saya tiba-tiba rasa nak makan tauhu begedil. Memang fav, ingat nak cari kalau-kalau ada orang jual kat sekitar area rumah tapi bila fikir rasa macam mahal sangat and macam tak berbaloi pulak. Saya dahlah kuat makan hahaha, belum nak bagi kat mak dan ayah lagi. Memang tak cukuplah jawabnya. So, kita pun godek-godeklah resepi tauhu begedil kat encik Google. Saya bukan jenis yang pandai masak pun, tapi kalau untuk perut sendiri, terpaksalah jadi pandai hahahha. Ikut jelah resepi encik Google. So, saya decide ikut resepi di sini Resepi Tauhu Begedil. Resepi asalnya di Facebook tapi rasanya dah delete, so saya tak boleh nak bagi credit. Resepi ni modal tak sampai rm20 pun tapi dapat banyak sangat, siap boleh bagi kat jiran-jiran lagi hehehhe. Saya tak lah ikut sebijik macam resepi asal, banyak barang yang takde jadi guna apa yang ada je. Anyway, let's start!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk isi tauhu:


➣Sebungkus tauhu kering (biasanya ada dalam pek, saya minta tolong mak saya belikan kat pasar je 😂)
➣Kentang (suka hati nak banyak mana)
➣Cendawan butang
➣Daging (boleh guna daging kisar, lagi senang tapi sebab takde, saya beli daging biasa then rebus lepas tu cincang)
➣5 ulas bawang putih
➣3 biji bawang merah
➣Daun sup
➣Daun bawang
➣Garam
➣Serbuk ada sulah
➣2 biji telur

Cara-Cara Membuat:

1. Sediakan semua bahan-bahan
Sediakan bahan-bahan yang saya dah list kan kat atas tu. Bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun sup, cendawan butang dan daging tu potong siap-siap. Nak potong dadu ke, segi tiga ke, bulat ke suka hati koranglah. Asal jangan masukkan sebijik-sebijik gitu sudahlah hahaha. Sebab bahan ni semua untuk inti tauhu begedil tu. Kalau macam saya jenis susah sikit nak makan sayur, boleh hiris halus-halus biar nanti makan takdelah rasa sangat sayur-sayur tu. Kita tipu tekak kita konon takde letak sayur, padahal ada je hehehe padan muka kena tipu.

2. Kentang
Untuk kentang, mestilah kena kupas dulu ye. Ikutlah, ada orang jenis tak kupas kulit kentang tapi kalau yang macam tu sedap kalau buat wedges lah. Kalau nak buat tauhu begedil, taktau lah pulak saya. Saya ni pun second time try buat, first time hari tu tolong kawan je. Kalau taknak kupas, cucilah bersih-bersih je. Korang yang nak makan, bukan saya so suka hati lah ikut tekak masing-masing okayyy. Then nak rebus tu, potonglah kecik-kecik dulu. Jadi 4 ke 6 ke. Biar cepat masak. Jangan jadi macam saya ye, confident betul. Lepas kupas kulit, terus masukkan macam tu aje hahahaha. Lambat betul nak tunggu masak😂 Lepas tu, nak lenyek tu perghhh susah sebab ada certain part masih keras lol. Nak rebus tu letaklah garam sikit, biar ada rasa. Dah masak nanti, boleh lenyekkan kentang tu.

Jangan buat macam ni ye hahaha. Potong dulu.
Lenyek kentang ni. Kalau rasa susah, ingat je kat ex korang dulu. Lepas tu bayangkan kentang tu ex korang. Kan senang je hancur.


3. Tumis inti tauhu begedil

Okay, untuk step ketiga ni kita kena tumis semua bahan yang kita dah potong tadi kecuali daun sup and daun bawang. Tumis bawang merah and bawang putih sampai naik bau (saya pun tak pasti cemana hahaha, dah wangi tu maknanya dah naik bau dah lah kan 😆). Then, masukkan daging and cendawan butang. Letak garam and gula sikit. Lepas tu letak dalam bekas besar yang korang nak guna untuk gaulkan semua inti tu nanti.

4. Gaul-gaul

Campurkan semua bahan-bahan yang dah ditumis dengan kentang yang dah dilenyek bersama daun bawang and daun sup. Lepas tu gaul lah semuanya bagi dia berkawan dalam bekas tu, jangan bagi gaduh-gaduh eh. Then, rasalah, kalau rasa kurang rasa boleh tambah garam, lada sulah. Time ni lah kita guna talian hayat, panggil mak suruh rasa hahahaha sebab tak reti nak rasa cemana cukup rasa tu.

5. Sumbat inti dalam tauhu kering


Ye benar para pembaca sekalian, kita sumbat je inti tu dalam tauhu kering. Tapi gunting dulu tauhu kering tu, kalau tak, macam mana nak sumbat takde ruang lol. 

6. Goreng


Lepas dah siap sumbat inti, kita gorenglah tauhu tersebut. Salut dulu dengan telur okay then goreng dalam api panas.

7. Buat sos
Gambar comot, malas nak lap so biar jelah (tak boleh jadi jurugambar sebab malas hahaha)

Yeay dah step terakhir. Apalah makna tauhu begedil tanpa sos disisi, betul tak? So, ni step saya buat sos tauhu begedil. Saya derhaka sikit kat resepi asal sebab family tak makan pedas so tak boleh buat pedas sangat huhuhu.

Bahan-bahannya:
➣6 tangkai cili kering (buang biji dan blend)
➣4 ulas bawang putih
➣Sos tiram
➣Kicap manis
➣Kicap pekat
➣Tepung gandum (bancuh dengan air dulu)
➣Gula
➣Garam

Caranya, tumis bawang putih sampai perang sikit. Then masukkan cili kering yang dah di blend. Dah masak, masukkan bahan yang lain semua then masak sampai dah boleh ditelan hahaha. Last sekali masukkan sedikit tepung gandum yang dah dibancuh untuk nak pekatkan kuah. Tapi kalau nak cair, takyah masukkan pun takpe. Lepas tu, boleh perasakan ikut suka. Dah siap!


Final product yuhuu

Close up sikit hehehe
Yeayy dah siap, bolehlah makan. Serious sedap gila. Besar-besar pulak tu. Inti tauhu pun penuh. Dapat 2 pinggan besar, so saya bagilah jiran sikit. Kalau korang taktau nak buat apa time PKP ni, try lah buat tauhu begedil ni. Sedap gila😋

Apa-apa pun, duduk rumah jangan keluar okay. Kita dah PKP fasa ketiga, insyaAllah kalau kita dengar arahan, kes jangkitan corona virus akan berkurang. Jadi, dengarlah arahan kerajaan okay dan jaga diri semuanya!

#StayAtHome  #HapusCOVID19

Comments

  1. saya baca post awak ni masa dah tak puasa but still rasa lapar tgk tauhu tu sihat2 betul hahaha. good job aini. siap boleh bg jiran sebelah. tu boleh terus naik saham ok kekeke. saya pun suka tauhu ni tp x pernah buat sendiri. masalahnya kat rumah ni saya sorang je suka makan. tu yg saya beli je malas nak buat lol (excuses). thanks for sharing! good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kuat makan madam hahaha. Kalau beli rasa macam bazir sebab sikit and tak puas, tapi kadang nak masak pun malas hahaha. Yang ni pun sebab memang teringin sangat tapi pkp takde orang jual. Terpaksa lah saya buat :(

      Btw, thank you madam :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts