Masak-Masak (Resepi Puding Caramel)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan yang baik. Anyway, disebabkan esok dah start hari pertama kita semua berpuasa. Jadi hari ni saya nak kongsikan resepi puding caramel. Puding caramel sangat hahaha padahal puding gula hangus, acah-acah high class betul hahahah. Tapi, ada beza ke caramel dengan gula hangus? Hahahaha apa-apa jelah, asalkan korang tau lah yang mana satu hahaha. Caramel ke gula hangus ke yang penting tak hangit okay. Anyway, bolehlah buat untuk nak berbuka nanti. Maklumlah, semua berpuasa kat rumah je nanti. Bazaar ramadhan pun tak buka. So, time berbuka nanti mestilah makan manis-manis kan? Lagipun, kan sunat berbuka dengan makanan manis. Yang tak suka makan kurma tu, bolehlah try buat. Lepas tu berbuka makan puding caramel.
Nak buat puding caramel ni senang je. Tak payah pakai oven pun. Yang tak ada oven kat rumah tu, jangan risau sebab saya pun takde oven hahahaha. Tak ada oven tapi kadang nak makan dessert, nak benda manis-manis. Jadi, cuma boleh masak yang kena kukus je. Puding caramel ni kita kukus je. Nak buat pun senang, total cuma perlukan 4 bahan je. Ye, betul rakan-rakan dan pembaca blog sekalian, 4 bahan je. Mesti tak percaya kan? Takpe, nanti saya tunjuk senarai bahan-bahannya. Btw, saya buat resepi ni berdasarkan dari youtube Azfar Heri ni PUDDING CARAMEL FABULOUS ✨ - SMAMSMAT EP 22
Nak bagitau jugak, main ingredient puding caramel ni telur tau. Tapi untuk yang alah dengan telur, boleh je buat dan makan jugak. Ada je resepi yang tak pakai telur. Saya buat yang dengan telur, kalau nak resepi tanpa telur, boleh pergi ke link ini → Resepi Puding Caramel tanpa Telur. Okay, sebab saya dah penat membebel, marilah kita mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak puding caramel:
⧫Telur (5 biji)
⧫Susu segar (500ml atau setengah kotak susu yang besar)
⧫Gula (5 sudu untuk gula hangus/2 sudu untuk puding)
⧫Esen vanila
Gambar saya ni ada daun pandan dan sebenarnya ada perasa pandan sebab saya tak ada esen vanila. So, saya guna perasa pandan nak bagi wangi sikit. |
Betul kan saya cakap, cuma perlukan 4 bahan je. Nampak macam wow kan? Hehehehe, senang je tapi kalau first time buat mungkin akan confuse part nak buat gula hangus tu sebabnya lama gila and kalau salah step nanti gula tu hangit. Lepas tu nanti nak makan, rasa pahit instead of manis. So, nanti saya bagitau caranya, so taklah rasa macam "eh jadi ke tak ni? Macam tak jadi je".
Cara-cara buat puding caramel:
Buat gula hangus
Okay, mula-mula masukkan 5 sudu gula dalam periuk atau kuali. Saya guna kuali kecik je sebab senang nak kacau. Btw, sukatan gula tu boleh ikut masing-masing. Kalau rasa nak manis gula hangus tu, letaklah lebih. Tapi 5 sudu tu pun dah manis. Ingat, jangan manis-manis sangat. Tak pasal-pasal dapat kencing manis pulak.
Masukkan 5 sudu gula, lepas tu buka api paling kecik tau. Then, start daripada sini, kerja korang kena sentiasa kacau je gula tu hahhaa. Exercise lengan tu sikit, macam buat dalgona kopi tu lah. Kacau je hahahaha. Korang kacau je gula tu sampai betul-betul cair semua. Memang lama. Dan, masa kacau ni jugaklah korang akan mempersoalkan diri sendiri "kenapa lah aku nak buat puding caramel ni? Tengok orang buat macam senang je. Asal aku buat ni macam pelik je? Jadi ke tak ni eh?" hahaha okaylah saya tipu je. Itu bukan persoalan korang tapi persoalan diri saya sendiri je hahahaha.
Nanti lama-lama dia akan jadi berketul-ketul dulu tapi jangan takut tau. Kacau je. |
Guna api kecik je tau. Kalau tak, hangit pulak gula tu. |
So, bila korang dah kacau sampai cair semuanya. Time ni korang kena letak air sikit. Ikutlah, kalau korang nak buat banyak, letak air lebih sikit. Tapi janganlah letak secawan pulak. Takdelah jadi caramel. Dia jadi air gula hangus je nanti hahahha. Eh, baru perasan saya tak letak air dalam senarai bahan-bahan tapi mestilah semua ada air kan kat rumah. Air tu letak dalam 3 sudu besar je. Kalau nak buat banyak, letaklah 5 sudu besar ke. Masa korang letak air tu, cairan gula dalam kuali tu akan mendidih sikit tau so korang hati-hati okay. Lepas letak air tu, gula tu akan jadi berketul balik. Solid and liquid tu akan jadi asing dalam kuali tu. Masa ni saya memang nak give up dah sebab kenapalah pulak tiba-tiba jadi berketul balik. Kenapa tak jadi air hahahaha. Tapi korang jangan risau, dia memang akan macam tu, nanti yang solid tu akan larut dan sebati dengan liquid tu.
Gambar kabur sikit tapi dia akan jadi macam ni bila letak air. |
Ini dah lama sikit jadinya banyak dah larut. Tapi, lepas letak air tu dia akan jadi macam ni lah. |
Bila dah betul-betul larut semuanya, tuang kat loyang. Ratakan dan biarkan mengeras. |
Buat puding telur
Kat kuali yang sama, masukkan susu segar dan gula. Masak sehingga gula tu larut. Sementara tu, boleh pecahkan telur kat bekas lain dan masukkan sedikit esen vanilla (saya masukkan perasa pandan) lepas tu kacau telur tu. Bila gula dalam susu tu dah larut, gabungkan dua ni kat bekas sama then kacau. Lepas tu, amik penapis dan tuang larutan tu dalam loyang atau bekas yang dah letak gula hangus tu tadi.
Masak susu dan gula sampai gula larut. |
Pecahkan telur lepas tu kacau dia hehehe. |
Jangan lupa, sebelum nak masukkan dalam bekas kena tapis dulu. Biar puding kita smooth je nanti. Taknaklah ada ketul-ketul bila makan nanti. |
Kukus dan sejukkan!
Lepas dah tuang dalam bekas, boleh terus kukus puding tu. Kukus selama 45 minit tau. Lepas dah siap kukus tu, boleh masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam then boleh potong dan makan, yeayy!
Kukus 45 minit. |
Dah kukus tu try lah cucuk dengan garpu. Takyah pun tak apa kot 😂 |
Lepas dah sejuk, bolehlah potong dan hidangkan. Lawanya😍 |
Habis dah. Mudah je kan? Bahan pun tak banyak. Nak try buat time puasa nanti pun okay je, sebab tak payah kena rasa bagai. You will never go wrong with caramel unless gula tu hangit jelah hahaha. Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi baca blog saya. Disebabkan esok dah puasa, saya nak ucapkan Salam Ramadan kepada yang muslim dan semoga ramadan kali ini merupakan ramadan yang diberkati, juga tanpa pembaziran. Bazaar ramadan tak ada, jangan pulak masak banyak-banyak lauk sampaikan tak ada orang nak habiskan. Bye semua, jumpa pada minggu depan!
gigih saya tgk video Azrel tu haha. so u buat step yg dia x buat kan. sbb puding dia nampak tak smooth sgt lol. ok this is my husband's fav. bila baca blog awak ni baru saya rasa saya patut try hahaha.. thanks aini! good job!
ReplyDeleteAah madam. Saya tapis. Sebab first time try, takut tak jadi so dah tengok macam-macam tutorial😂
Delete