Basic Skincare Routine For Beginners.

Hai semua pembaca blog saya! Saya kembali lagi, tetapi kali ini untuk bercerita mengenai penjagaan kulit muka. Tajuk posting saya kali ini dalam Bahasa Inggeris tetapi saya tidak akan bercerita dalam Bahasa Inggeris ye sebab saya masih belum yakin lagi untuk nak menulis posting yang panjang full dalam Bahasa Inggeris, maaf ye😭
Kepada Puan Fiza yang membaca posting saya, maaf ye puan saya belum yakin nak tulis posting dalam Bahasa Inggeris, insyaAllah nanti saya cuba kalau dah betul betul yakin😆

Baiklah, berbalik kepada tajuk posting kali ini iaitu penjagaan kulit muka. Kenapa saya masukkan di bahagian 'What you have learn?'. Okay, nak dijadikan cerita, sejak tingkatan 2 saya dah mula ada jerawat-jerawat manja yang tumbuh di muka bak kata orang. Semuanya bermula pada pada cuti hujung tahun masa saya tingkatan 1. Sebabnya, bila cuti kerja saya makan dan tidur sahaja masa tu jadi banyaknya makanan bukan-bukan yang saya makan. Long story short, sejak daripada tu muka saya sentiasa ada jerawat. Kadang-kadang teruk, kadang-kadang hanya tumbuh satu atau dua je. Selalu on off. Jadinya, banyak saya membaca mengenai penjagaan kulit muka dari saya sekolah menengah lagi. Walaupun pembelajaran ni tak formal dan kulit saya pun jauh sungguh dari definisi flawless, tapi rasanya masih boleh dikategorikan sebagai ilmu pengetahuan kan? Jadi, bolehlah diterima untuk dimasukkan di label 'What you have learn?'  hehehe. Saya akan ringkaskan apa yang saya tau supaya pembaca semua dapat maklumat yang lebih jelas dan boleh aplikasikan untuk diri sendiri. Untuk pengetahuan semua, kulit saya masih belum recover sepenuhnya dari masalah jerawat tapi lebih baik berbanding zaman sekolah menengah dulu. Jadi saya nak kongsi ilmu yang saya perolehi supaya semua tak buat kesilapan macam yang saya buat dulu, dan jangan gembira sangat ye sebab saya tak akan kongsikan gambar muka saya semasa jerawat saya teruk dulu. Tak nak saya huhuhu, malu🙈


Mesti ramai yang tau mengenai 10 steps skincare kan? Berasal dari negara Korea Selatan yang memang sangat-sangat mementingkan kecantikan kulit wajah. Tapi, tak larat betul rasanya kalau baru nak jaga kulit muka tiba-tiba kena buat 10 steps skincare ni. Wuish, tak dapat nak bayangkan. Menggelabah beginners semua nak cuba, tau-tau tak jadi nak pakai skincare terus sebab terlalu banyak produk yang diperlukan hahaha. Jadi, para beginners semua jangan risau, saya akan ringkaskan pemakaian produk penjagaan kulit ini kepada langkah-langkah yang penting sahaja. Tak sampai 5 langkah pun, jangan risau ye. Tarik nafas dalam-dalam, hembus kembali. Fuhhhh, lega tak bila baca yang sebenarnya nak jaga kulit muka ni tak payah nak beli banyak-banyak produk pun. Pakai yang asas sahaja pun dah cukup.

Lupa nak bagitau, untuk nak pakai produk penjagaan kulit muka ni, korang semua kena tau jenis kulit korang tau. Jangan memandai-mandai pakai macam-macam yang tak sesuai dengan jenis kulit korang.

Nak ringkaskan, jenis kulit ada yang kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Nak tau lebih detail lagi, korang google jelah hahahha. takut jadi panjang sangat pulak kalau nak cerita pasal jenis kulit ni. Bukan jadi posting blog nanti, jadi buku pulak nanti hahahaha. Padahal ini belum masuk lagi isi, baru pengenalan dah panjang pulak bebelan saya. Baiklah semua, are you guys ready? Kalau dah, mari kita mulakan!

1. Pencuci Muka

Langkah yang pertama dan paling penting sekali adalah pencuci muka. Ya, betul pembaca sekalian. Pencuci muka sangat penting ye dan merupakan langkah pertama dalam penjagaan kulit muka ni. Maklumlah, kita seharian macam-macam yang kita buat. Debu, minyak, kotoran semua dah berkumpul kat muka kita. Takkan nak main pakai produk macam-macam tanpa bersihkan kulit muka dulu. Euww, bercampur semua kotoran dengan produk kita yang lain. Tak berkesanlah produk kita nanti. Pencuci muka pula ada beberapa jenis seperti gel, krim dan buih. Pastikan beli pencuci muka ikut jenis kulit ye. Jangan memandai ye. Tapi antara tips kalau nak beli pencuci muka, elakkan yang ada SLS atau Sodium Lauryl/Laureth Sulfate sebab bahan ini dapat keringkan kulit dengan hasilkan buih yang banyak. Biasalah kita ni, bila banyak buih mesti kita ingat pencuci muka tu bagus sebab dapat hilangkan semua kotoran kat kulit muka tapi sebenarnya buih ni lah yang akan mengeringkan kulit muka korang. Tips nak tau pencuci muka tu okay dengan kulit kita atau tak, lepas korang cuci muka tu, cuba perhatikan atau rasa kulit muka korang. Kalau lepas cuci muka, lepas tu kulit rasa macam tegang semacam tu, maknanya pencuci muka tu tak sesuai dengan kulit korang iaitu telalu kering untuk kulit korang. Pencuci muka yang bagus ialah pencuci muka yang buatkan kulit korang rasa bersih dan tak tegang lepas cuci muka. Ada yang berpendapat, pencuci muka yang gel hanya sesuai untuk kulit berminyak  dan kombinasi, manakala pencuci muka krim untuk kulit kering dan kulit sensitif. Tapi sebenarnya pada pendapat saya, tak kisah pun apa-apa jenis pencuci muka asalkan sesuai dan tak mengeringkan kulit. JANGAN CUCI MUKA LEBIH DARI 2 KALI SEHARI TAU! Cuci pada pagi dan malam sahaja ye. Kalau petang rasa tak selesa, boleh guna wet wipes atau micellar water. Your skin can be too drying if you wash your face more than 2 times a day. Take note!


Antara pencuci muka yang terdapat di drugstore

Salah satu pencuci muka berbentuk gel dari COSRX

2. Pelembab Muka
Lepas cuci muka, kulit korang akan hilang segala kelembapan. Jadi, kenalah ganti balik dengan pelembab muka. Pelembab muka pun ada jenis yang krim atau gel jugak. Selalunya, untuk kulit berminyak kena pakai yang jenis gel sebabnya kulit berminyak akan keluarkan minyak sendiri lepas beberapa jam, jadi kita taknak pakai pelembab muka yang terlalu berat macam jenis krim sebab takut akan sumbatkan pori dan boleh menyebabkan jerawat. Pelembab muka jenis gel sangat ringan untuk kulit yang berminyak dan tak akan hasilkan minyak yang berlebihan di muka. Manakala, bagi yang berkulit normal atau kering boleh guna pelembab muka jenis krim sebabnya pelembab jenis gel tak cukup untuk nak gantikan kelembapan yang hilang masa kita basuh muka tu. Untuk kulit kering, boleh pakai pelembab yang lebih thick atau boleh pakai lebih dari satu lapisan pelembab muka. Seterusnya untuk kulit berjerawat, boleh cari pelembab muka yang ada kandungan Tea Tree Oil atau Salicylic Acid. Kedua-dua bahan ni dapat bantu untuk mengurangkan pembentukan jerawat di muka.
Pelembab muka untuk kulit berjerawat yang mengandungi Zinc PCA yang akan menyerap lebihan minyak pada muka

Pelembab muka yang mengandungi Ceramide iaitu salah satu bahan yang terdapat pada sel kulit. Pelembab ini dapat memperbaiki skin barrier pada wajah.

Pelembab muka jenis gel untuk pencerahan wajah dari Hada Labo.

3. Sunscreen/Sunblock
Langkah yang terakhir sekali merupakan produk yang paling penting iaitu krim penghalang matahari atau lebih dikenali sebagai sunblock. Disebabkan kita duduk di negara Malaysia yang berada di atas garisan khatulistiwa, dimana cuaca di negara kita adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Kita semua kena pakai sunblock untuk mengelakkan sinaran UV ke kulit wajah. Ramai yang ingat pakai sunblock ini hanya untuk mengelakkan kulit jadi gelap je. Ramai tak tau bahawa kita perlu pakai sunblock supaya kita tak menyerap sinaran UV dari matahari yang dapat menyebabkan kanser kulit. Walaupun peratusan orang yang mendapat kanser kulit adalah sedikit, tapi masih ada orang yang mendapat kanser kulit kerana sinaran UV. Penggunaan sunblock sangat penting terutamanya bagi individu yang mempunyai kulit yang sensitif. Ini intuk mengelakkan kulit terbakar disebabkan cahaya matahari yang terlalu panas. Kalau kita pakai produk yang mahal sekalipun, tetapi kalau tak pakai sunblock. Manfaat sepenuhnya daripada produk tersebut tak dapat kita terima sebab tidak memakai sunblock. Terdapat pelbagai jenis sunblock tetapi paling selamat jika menggunakan sunblock yang mempunyai SPF 50 ke atas. Berikut merupakan antara contoh sunblock yang berada di pasaran:

Pstt: gambar yang digunakan semua diambil daripada google.

3 langkah sahaja yang diperlukan untuk nak menjaga kulit wajah bagi pemula atau beginners. Kalau rutin asas dah okay, nanti lama-lama bolehlah tambah produk lain seperti serum, hydrating toner, sheet mask dan oil cleanser. Nak dapatkan kulit yang licin macam model-meodel memang sangat susah tapi tak mustahil. Apa pun, sayangi diri anda semua sebab kita semua unik. There is only you in this world, not two or three. Imperfection is perfect. Enjoy your journey! See you next time in another posting 😘


"I'm okay with not being perfect, 'cause that's perfect to me"
Perfect To Me by Anne Marie

Comments

  1. Jap. bukan kne pakai toner dulu ke sebelum moisturizer? i think toner is also important step in skincare hehe. but well done. good tips Aini. cuma i suggest if you could put the title in Malay as well since you are going to write in Malay kan. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay madam, nanti saya edit. Ye madam, toner sepatutnya sebelum moisturizer tapi toner bukan dalam basic routine. Toner tu kira additional tapi dah biasa selalunya dalam satu set, pencuci, toner dengan pelembab. Tapi kalau tak pakai toner pun takpe hehehe.

      Thank you madam for your time😊

      Delete

Post a Comment

Popular Posts