Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2019
Team Softball KUO Duduk dari kiri: Marsyi, Izzah, Aini, Paan, Odah, Maidah Berdiri dari kiri: Chumai, Faz, Ira, Iffah, Jannah, Ajik, Intan (pengurus pasukan) |
Hi semua, selamat kembali ke blog saya. Ini merupakan posting kedua saya. Harap semua enjoy!
Pada posting kedua ini saya akan menceritakan mengenai pengalaman saya menyertai acara sukan di UKM dan bermain untuk sukan yang saya tak pernah main seumur hidup saya, cuma melihat di televisyen sahaja iaitu sukan softball. SUKEM ialah acara sukan tahunan di UKM dan perlawanan adalah antara kesemua kolej yang ada di UKM termasuk UKM kampus KL. Okay dipendekkan cerita, pada bulan November 2019, saya tiba-tiba terdetik hati untuk masuk dalam group whatsapp softball Kolej Ungku Omar sebab pada masa tersebut, softball masih tak ramai penghuni KUO yang nak sertai sebab kebanyakkannya pilih untuk masuk ke acara bola jaring, bola baling dan acara balapan sebab dah biasa main di sekolah. Saya pun masa di sekolah menengah tak lah aktif sukan sebab ramai pemain untuk wakil sekolah dipilih berdasarkan pencapaian atau penglibatan masa sekolah rendah. Jadi yang tak ada pengalaman masa sekolah rendah susah sikit nak masuk acara sukan untuk nak jadi wakil sekolah. Kiranya, saya gatal tangan mengada nak masuk whatsapp group sukan softball tu sebab saya nak sertai acara sukan tapi tak ada peluang. Bila dah dapat peluang, terus sahaja saya masuk walaupun sukan yang saya tak pernah tau dan tak pernah main langsung pun.
Kita tolak tepi cerita pemilihan atlet untuk sukan ini sebabnya saya tak pergi. Masa tu, hati sebenarnya masih berbelah bahagi dan hari untuk pemilihan atlet dilakukan pada hujung minggu sebelum cuti pertengahan semester dan haruslah ketika itu saya balik ke rumah hahaha. Saya tak turun pun untuk pemilihan tapi tiba-tiba kapten kitorang, Marsyi whatsapp saya masa cuti untuk ajak saya sertai sebab tak cukup pemain dan kalau tak hantar wakil, kelayakan untuk kolej kami akan digantung pada tahun depan. Disebabkan saya rasa kesian (sebab Marsyi ws bukan tahap ajak tapi tahap merayu hahaha) dan saya rasa macam "why not?", jadi saya pun terima ajakan kapten kesayangan kami tu.
Yang paling kelakar, kami training dengan serius hanyalah pada 2 minggu sebelum hari pertandingan berlangsung pada setiap petang (Isnin hingga Jumaat) dan pagi dan petang hujung minggu. Ini pun kelakar juga, separuh daripada pemain softball KUO untuk SUKEM 2019 ni tak pernah main softball langsung, pegang bola pun tak pernah, pegang pemukul tu pun tak pernah. Jadinya, kami memang bergantung 100% kepada kapten kami iaitu Marsyi sebabnya *ehem ehem* Marsyi merupakan atlet softball negeri Pulau Pinang masa dia sekolah menengah. Terpaksalah dia bersabar mengajar kami softball dari A-Z dalam masa yang sangat suntuk.
Kami telah diundi di dalam Kumpulan B bersama Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) dan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Untuk pengetahuan semua KAB merupakan kolej yang menempatkan atlet di UKM dan biasanya KAB akan mengaut medal dalam semua acara. Kami pulak diundi satu kumpulan bersama KAB dan paling malang sekali, kami akan berlawan dengan KAB pada perlawanan pertama. Bila dapat jadual perlawanan, terus rasa nak tarik diri hahaha. Bayangkanlah, perlawanan di antara atlet UKM dan atlet bidan terjun. Tetapi alhamdulillah rezeki kami, kami menang perlawanan pertama menentang KAB tapi sengit juga, bukan menang mudah.
KUO vs KAB |
Perlawanan kedua kami berjumpa dengan KPZ, wujudlah rasa bongkak sikit sebab dah menang lawan KAB tapi masih perlu berjaga jaga sebab KPZ pun bagus-bagus dan kolej terbesar di UKM, jadi bukan calang-calang pemain yang bermain. Dan jurulatih yang melatih kumpulan softball perempuan KPZ merupakan senior dan pemain softball untuk UKM. Felo kami pernah menjemput senior tersebut beberapa hari sebelum perlawanan untuk mengajar kami mengenai teori softball. Tetapi nak dijadikan cerita, kami pun menang semasa lawan KPZ. Terkejut dan tak sangka betul. Tapi taktau nak rasa gembira atau bersalah sebabnya jurulatih KPZ menyumbang jugaklah terhadap kemenangan kami tapi kumpulan KPZ kalah di tangan kami 😆
Perlawanan terakhir untuk peringkat kumpulan, kami berlawan dengan KTSN. KTSN ni kolej dari kampus KL yang menempatkan pelajar-pelajar Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan. Kiranya diorang bakal doktor dan ahli farmasi, pelajar-pelajar gempak ni. Tapi alkisahnya kami menang juga lawan dengan pasukan KTSN ni. Dengan kemenangan 3 kali berturut-turut ini, bermakna kami telah berjaya menjadi pemenang dalam Kumpulan B dan kami dapat terus berlawan di sparuh akhir tanpa berlawan di suku akhir. Gembiralah kami semua dengan kemenangan yang tidak disangka-sangka ini.
Pada separuh akhir, kami berjumpa dengan Kolej Keris Mas (KKM). Sekali lagi kami berjumpa dengan kolej besar di UKM, apalah nasib kami. Sudahlah berlawan dengan KPZ di peringkat kumpulan (tapi nasiblah menang), kemudian berjumpa pula dengan KKM di separuh akhir. Perlawanan kami amat sengit, maklumlah penentuan untuk ke final. Kedua-dua pasukan berlawan dengan bersungguh-sungguh. Pasukan kami berlawan dengan harapan ke final dan juga ingin mengekalkan rekod tanpa kalah seperti di perlawanan peringkat kumpulan. Tapi apakan daya, rezeki tidak menyebelahi kami kali ini, kami kalah di separuh akhir dan KKM berjaya ke final dan kekalahan pertama bagi pasukan KUO sepanjang perlawanan dijalankan. Tapi kami tidak patah semangat, kami masih mempunyai peluang terakhir iaitu penentuan tempat ketiga. Tetapi kami akan berjumpa dengan KAB sekali lagi. Kami percaya KAB pasti tidak mahu kalah sekali lagi di tangan kami dan pasti motivasi mereka telah meningkat. Setelah lebih kurang 40 minit perlawanan, dan menukar strategi dengan menggantikan catcher dari Paan bertukar kepada Odah, keputusan berpihak kepada kami sebagai pemenang tempat ketiga dalam acara softball pada SUKEM 2019 dan sekali lagi mengalahkan pasukan KAB. Selaku pemain bidan terjun, kami amat gembira dan berharap jika diberikan peluang pada tahun ini untuk bermain acara sama dengan rakan-rakan sekumpulan, kami akan buat lebih baik berbanding tahun lepas untuk mendapatkan medal emas.
Saya ingin berterima kasih kepada kesemua yang terlibat secara langsung atau tidak, Marsyi selaku kapten yang terbaik dan sanggup mengajar kami walaupun kehadiran pergi latihan tak pernah ramai. Abang Erwan selaku felo KUO yang selalu turun padang petang-petang melawat semua tempat latihan acara lain-lain. Ihsan, senior yang sabar mengajar kami daripada asas dan tak pernah marah walaupun banyak soalan merepek yang kami tanya sebab kitorang memang taktau apa haha. Atlet softball lelaki KUO yang selalu turun berlatih sama-sama, dapatlah kami yang perempuan ni berlatih lebih sikit sebab bola diorang semua laju! Akhir sekali, tengoklah gambar-gambar kami yang diambil semasa hari perlawanan :D
Para pemenang acara softball wanita bersama jurulatih dan para pengadil. |
Muka gembira semua bersama medal gangsa hehehe. |
Bergambar bersama pengurus pasukan (Intan), Ihsan dan felo kolej, Abang Erwan. |
Terima kasih membaca blog saya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada posting ketiga. Apa-apa komen dan penambahbaikan boleh kemukakan pendapat anda di ruangan komen. Xoxo muah 😘😘
aummmmm...tahun nih main lagi arrr. dh book.
ReplyDeleteHahahahhahaa. No problem captain. Saya yang menurut perintah >.<
DeleteSalam Aini,
ReplyDeleteI thought i have left my comment here. But nvm. Let me comment again :D
You must be so proud to have won 3rd place since that was 1st. Wow, am so impressed. Mesti puas hati gila kan walaupun dapat gangsa je. congrats!
I have to say you have a nice storytelling skill.
Keep it up!
Mana gambar nazrull huhu
ReplyDeleteHahahhahaa kena ada gak ke
Delete