Assalamualaikum dan hai para pembaca yang sedang membaca blog saya dan yang akan membaca blog saya hehehe. Seperti yang sudah sedia maklum, ini merupakan posting pertama di blog saya dan berkemungkinan posting pertama ini tidak begitu menarik dari segi penulisan serta jalan cerita. Berkemungkinan besar juga saya akan sentiasa sentiasa merapu dan tersasar daripada landasan asal iaitu contohnya seperti sekarang ini hahaha.
Baiklah, ehem ehem. ATTENTION EVERYONE!!
Sesuai dengan tajuk yang telah saya nyatakan di atas, pada posting pertama ini saya akan menceritakan pengalaman saya beriadah dan mandi-mandi di Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Saya pergi ke Sungai Gabai pada cuti semester lepas, iaitu pada 4 Februari. Pasti ramai yang mengetahui Hulu Langat walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan ini. Apabila kita sebut sahaja Hulu Langat, Selangor, pasti ramai yang teringat mengenai Sungai Congkak.
|
Hulu Langat merupakan salah satu tempat tarikan kerana banyak aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan di sini serta tempatnya yang tidak jauh dari ibu kota, Kuala Lumpur. Sungai Congkak antara yang paling terkenal, tetapi ramai yang tidak mengetahui mengenai Sungai Gabai. Disebabkan tidak terlalu ramai yang mengetahui mengenai Sungai Gabai, maka kawasannya masih terpelihara.
Baiklah, saya akan menceritakan mengenai pengalaman saya bersama dua rakan saya iaitu Nisa dan Shikin mandi di Air Terjun Sungai Gabai dengan menaiki pengangkutan awam. Disebabkan tiada seorang pun di antara kami yang boleh memandu kereta dan tidak mempunyai lesen, maka kami membuat keputusan untuk pergi ke Sungai Gabai dengan pengangkutan awam serta grab.
Kami berkumpul di stesen MRT Pasar Seni sekitar jam 10 pagi. Perjalanan kami bermula dari Pasar Seni dan kami perlu turun di stesen Taman Suntex iaitu stesen ke-10.
|
Bergambar di dalam MRT |
Setelah turun di stesen MRT Taman Suntex, kami menukar rancangan asal dimana kami akan terus ke Sungai Gabai menaiki grab, tetapi apabila kami melihat di aplikasi Moovit (aplikasi yang amat penting kepada orang yang sering menaiki pengangkutan awam), terdapat bas yang menghala ke Sungai Gabai. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas dan berjalan kaki ke destinasi yang di tuju. Setelah menunggu sekitar 40 minit, bas yang ditunggu telah tiba iaitu bas RapidKL bernombor T406 untuk membawa kami ke destinasi. Kami perlu menempuhi sebanyak 47 perhentian.
Walau bagaimanapun, disebabkan ini kali pertama saya ke kawasan ini, saya tersilap membunyikan loceng bas awal dan akhirnya kami terpaksa turun di perhentian sebelum perhentian yang seharusnya kami turun. Kami berhenti betul-betul di depan sebuah warung makanan dan setelah bertanya mengenai lokasi Air Terjun Sungai Gabai, makcik di situ yang merupakan penduduk tempatan ingin menghantar kami ke lokasi tersebut kerana menurutnya perjalanan dari warung itu ke destinasi sangat jauh dan jika berjalan kaki mungkin akan mengambil masa sekitar satu jam. Dengan bantuan makcik tersebut, kami berjaya tiba di kawasan Air Terjun Sungai Gabai.
Setibanya kami di situ, kami terus menukar pakaian untuk mandi di tandas di kawasan parking yang telah disediakan (bayaran sebanyak 50 sen dikenakan). Disebabkan ini kali pertama saya dan Ashikin ke sini, kami tidak tahu bahawa kami perlu menaiki tangga untuk ke kawasan air terjun yang berada di atas. Tangga yang kami perlu daki amatlah tinggi dan kami mengah sepanjang perjalanan ke atas. Terdapat tempat mandian di bawah dan tidak perlu naik ke atas tetapi kata pepatah "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian". Air terjun mengalir dari atas ke bawah, ini bermakna di kawasan atas mempunyai air yang lebih jernih.
YEAYYY BERMAIN GELONGSOR AIR TERJUN!
Setelah berjaya naik ke atas, kami membentang tikar dan meletakkan barangan sebelum mandi tetapi kami perlu menunggu lama untuk mandi dan bermain gelongsor yang berada di situ kerana pada waktu kami tiba, terdapat sekumpulan lelaki sedang bermain di kawasan gelongsor tersebut. Walaupun penantian adalah penyeksaan tetapi setelah kumpulan tersebut beredar, kami dapat bermain di gelongsor sepuas-puasnya sehingga rasa seperti tidak mahu pulang ke rumah 😂😂😂
Setelah puas bermain dan bermandi-manda, kami turun ke bawah pada pukul 3 petang untuk menukar pakaian dan solat asar. Disebabkan kami agak penat mandi, kami rehat di surau hingga petang sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah.
Pengalaman yang menyeronokkan ini akan menjadi satu kenangan yang terindah. Bukan hanya kerana dapat mandi di Air Terjun Sungai Gabai tetapi dapat meluangkan waktu bersama rakan-rakan yang disayangi.
Para pembaca sekalian boleh mengukir kenangan bersama orang tersayang. Kalau rasa ingin mencari ketenangan, saya sarankan untuk mengunjungi Air Terjun Sungai Gabai di Hulu Langat, terutamanya kepada rakan-rakan di UKM sebab tak jauh pun, dekat sahaja!
Akhir kata, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga anda untuk membaca posting pertama saya di blog ini. Sehingga kita berjumpa lagi di posting berikutnya. XoXo muah😘😘
|
Salam Aini,
ReplyDeleteYes, i can't view some of your pics. Pls refer to my last sem student's post regarding this and do the correction later ok
https://penanurhidayati.blogspot.com/2019/12/jarum-dan-benang.html
anyway, good job on the 1st posting. but maybe you could standardized the font to use later.. nnt jadi kecik besar kecik besar je sy tgk ..
and no label here.. correct that ok.
Keep it up!
Wassalam puan fiza. Thank you for the solution, i already fix the issues. For the labels, i actually already put the labels, but the problem is because of my theme , my previous theme didn't show the label as well as button for reply comment, so i need to change my theme.
DeleteAnyway, thank you puan fiza!
ayyooo i can't see the button to post my comment, main raba2 je td. please correct that ok
ReplyDelete